DUNIA › BERITA





Vietnam, Malaysia Tandatangani Perjanjian Mengenai Sistem Bayaran Elektronik


Tarikh kemaskini: 09/11/2017

HANOI, 9 Nov (Bernama) -- MPOS Vietnam dan penyedia perkhidmatan pembayaran Malaysia, GHL Systems Berhad menandatangani perjanjian kerjasama strategik, mengenai kaedah pembayaran elektronik di sini Rabu, lapor agensi berita Vietnam (VNA).

Perjanjian itu akan membuka peluang kepada MPOS, sebuah syarikat pembuat dan memasarkan sistem pembayaran menggunakan kad, untuk membangunkan sistem pembayaran elektronik yang lebih teguh di Vietnam dan Asia Tenggara.

Selain itu, ia juga menandakan langkah pertama GHL untuk memasuki pasaran Vietnam.

Ketua Pengarah MPOS, Nguyen Huu Tuat berkata, sebagai satu-satunya penyedia perkhidmatan pembayaran mudah alih di Vietnam, beliau yakin dengan potensi perkongsian strategik tersebut.

Melalui GHL, MPOS akan mengembangkan aktiviti perniagaannya di semua pasaran lain di rantau itu, mengeksport teknologi pembayaran yang dibangunkan rakyat Vietnam, yang bertujuan untuk menjadi "Square" Asia Tenggara, tambahnya.....