DUNIA › BERITA





Iphone X Dijual Lebih Awal Di Korea Selatan


Tarikh kemaskini: 08/11/2017


SEOUL, 8 Nov (Bernama) -- Gergasi teknologi Amerika Syarikat, Apple Inc. berkata, firma itu akan memulakan penjualan telefon pintar iPhone X di Korea Selatan mulai 24 November depan, lebih awal daripada jangkaan, lantaran kelemahan prestasi jualan iPhone 8 di negara berkenaan, lapor agensi berita Yonhap.

Namun, jualan sepenuhnya hanya bermula pada tahun depan disebabkan bekalan yang terhad.

Model iPhone X (64-GB) akan dijual dengan harga 1.42 juta won (US$1,274) manakala model 256GB berharga 1.63 juta won.

Menurut pemerhati industri, penjualan lebih awal model berkenaan berikutan jualan iPhone 8 yang kurang memberangsangkan sejak berada di pasaran pada bulan ini.

Apple telah menjual 140,000 unit telefon pintar iPhone 8 dalam tempoh dua hari selepas jualan dibuka secara rasmi pada Jumaat, dengan pesanan awal berjumlah 60 hingga 70 peratus.....