DUNIA › BERITA





Dua Terbunuh Dalam Serangan Stesen Televisyen Di Kabul, Afghanistan


Tarikh kemaskini: 07/11/2017

KABUL, 7 Nov (Bernama) -- Sekurang-kurangnya dua orang terbunuh dan tiga lagi cedera dalam kejadian letupan dan tembakan di stesen televisyen tempatan di Kabul pada Selasa, lapor agensi berita China Xinhua.

Menurut sumber keselamatan, serangan pada pagi Selasa itu, berlaku di kawasan kejiranan Chaman-e-Huzuri dan dipercayai dilakukan sekurang-kurangnya empat lelaki bersenjata.

"Seorang penyerang meletupkan jaket yang dilekatkan dengan bahan letupan di pintu masuk pertama untuk membuka jalan kepada kumpulan bersenjata kedua memasuki bangunan berkenaan.

"Pasukan Tindak Balas Krisis tiba di lokasi kejadian sejurus selepas serangan dan melancarkan serangan balas," kata sumber itu.

Penyerang menyamar dengan memakai pakaian seragam polis.....