DUNIA › BERITA





Belia Myanmar Sertai Program Bantuan Kemanusiaan Di Rakhine


Tarikh kemaskini: 07/11/2017

YANGON, 7 Nov (Bernama) -- Sukarelawan belia akan bekerjasama dengan kerajaan Myanmar untuk menyediakan bantuan kemanusiaan kepada penduduk di kawasan terjejas konflik di bandar Buthidaung dan Maungtaw di Rakhine, lapor agensi berita China Xinhua, memetik Global New Light of Myanmar.

Kursus latihan pertama program itu, bermula pada Isnin membabitkan 83 sukarelawan daripada pelbagai kaum dan agama dari seluruh Yangon.

Sukarelawan akan dibahagikan kepada dua kumpulan dan setiap kumpulan akan bergilir-gilir melawat kawasan terjejas untuk melaksanakan program bantuan kemanusiaan selama 20 hari.

Ia merupakan sebahagian program di bawah projek nion Enterprise for Humanitarian Assistance, Resettlement and Development (UEHRD).

Pada 17 Okt, kerajaan Myanmar membentuk UEHRD, diketuai Kaunselor Negara Myanmar Aung San Suu Kyi, untuk melaksanakan projek jangka panjang yang bebas daripada konflik dengan lebih efektif.....