DUNIA › BERITA





Vietnam Keluar Setem Khas APEC 2017


Tarikh kemaskini: 07/11/2017

HANOI, 7 Nov (Bernama) -- Vietnam melancarkan setem khas "Selamat Datang ke APEC Vietnam 2017" pada Isnin, bersempena Minggu Pemimpin-Pemimpin Ekonomi APEC, lapor agensi berita Vietnam (VNA).

Hasil rekaan pelukis To Minh Trang, setem itu itu antara lain memaparkan imej burung lac dan dayung dengan 21 pancaran sinar matahari yang melambangkan 21 pemimpin ekonomi APEC.

Pada majlis pelancarannya, Menteri Penerangan dan Komunikasi Truong Minh Tuan berkata, dalam tempoh 11 tahun, ini adalah kali kedua Vietnam dipilih menjadi tuan rumah dan menjadi anggota APEC sejak 19 tahun lepas.

Beliau berkata, setem itu membantu merealisasikan tema APEC Vietnam 2017 'Creating New Dynamism, Fostering A Shared Future'.

Selain itu, setem berkenaan juga membantu mempopularkan imej Vietnam sebagai sebuah negara yang mempunyai integrasi menyeluruh di dalam ekonomi global.....