DUNIA › BERITA





OIC Sedia Bekerjasama Dengan UNESCO Lindungi Warisan Budaya


Tarikh kemaskini: 07/11/2017

KUALA LUMPUR, 7 Nov (Bernama) -- Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) bersedia bekerjasama dengan Pertubuhan Pelajaran, Sains, dan Kebudayaan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO), dalam mengatasi kemusnahan dan penyelewengan ke atas warisan budaya di negara terjejas akibat konflik bersenjata.

Setiausaha Agung OIC Dr. Yousef Al-Othaimeen semasa berucap pada Persidangan Umum UNESCO ke-39 di Paris semalam, memuji langkah pertubuhan itu agar usaha melindungi warisan kebudayaan dimasukkan dalam program dunia serta tugasan misi pengaman.

Menerusi kenyataan disiarkan dalam laman web OIC, Setiausaha Agung itu berkata, antara topik yang menjadi keutamaan OIC adalah memerangi fenomena keganasan dan faham pelampau serta menangani fahaman fanatik terhadap agama dan mazhab.

Lantaran itu, beliau berkata OIC melancarkan projek Suara Kesedaran bermotifkan usaha memerangi gerakan pengganas dan menyebarkan konsep toleransi serta kesederhanaan.

Selain itu, OIC berusaha meningkatkan kesedaran dalam kalangan belia berhubung bahaya menyertai kumpulan pengganas.....