DUNIA › BERITA





Thailand Mampu Jadi Hab Permata, Barang Kemas Terkemuka Dunia Menjelang 2021


Tarikh kemaskini: 06/11/2017

BANGKOK, 6 Nov (Bernama) -- Perdana Menteri Jeneral Prayut Chan-ocha berkata, Thailand berupaya menjadi hab perdagangan permata dan barang kemas terkemuka dunia menjelang 2021, lapor agensi berita Thailand (TNA).

Beliau berkata demikian, semasa berucap merasmikan Kongres Konfederasi Barang Kemas Dunia (CIBJO) 2017, di sini, Isnin.

Beliau berkata, Thailand kini merupakan pusat untuk semua proses pengeluaran utama produk permata dan barang kemas.

Eksport permata dan barang kemas adalah yang ketiga utama selepas kereta dan peralatan komputer, katanya.

Menurut Perdana Menteri Thailand, industri berkenaan menyumbang lebih satu trilion baht setiap tahun, 50 peratus pendapatan eksport daripada produk manakala selebihnya nilai jualan domestik.....