DUNIA › BERITA





Tentera Afghanistan Bunuh 14 Pemberontak Di Wilayah Bergolak


Tarikh kemaskini: 06/11/2017

KABUL, 6 Nov (Bernama) -- Empat belas pemberontak maut manakala 15 lagi cedera selepas tentera Afghanistan melancarkan satu operasi di selatan wilayah Helmand, lapor agensi berita China Xinhua memetik kenyataan kementerian pertahanan.

Menerusi akaun Twitter, kementerian itu berkata sepuluh kenderaan turut musnah semasa serbuan dilakukan di daerah Nad Ali, yang terletak di barat ibu kota wilayah tersebut iaitu bandar Lashkar Gah.

Helmand, yang terkenal dengan penanaman pokok popi, juga merupakan kubu kuat Taliban.

Pasukan keselamatan Afghanistan telah meningkatkan operasi keselamatan terhadap kumpulan militan kerana pejuang Taliban dan Daesh telah cuba menawan wilayah itu serta menggabungkan kedudukan mereka menjelang musim sejuk di negara pergunungan tersebut.

Kumpulan militan Taliban yang menentang pasukan keselamatan di Helmand belum mengeluarkan sebarang kenyataan.....