DUNIA › BERITA





Trump Sedia Jumpa Pemimpin Korea Utara


Tarikh kemaskini: 06/11/2017

WASHINGTON, 6 Nov (Bernama) -- Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump yang kini dalam rangka lawatan ke Asia, menyatakan kesediaannya untuk bertemu dengan pemimpin Korea Utara, Kim Jong-un, lapor agensi berita Korea Selatan Yonhap.

Beliau berkata demikian, ketika ditemu bual dalam program \"Full Measure\" yang disiarkan pada Ahad.

"Saya akan duduk dengan sesiapa sahaja. Saya tidak berasa ia satu kekuatan atau kelemahan dan ia bukanlah satu perkara yang buruk, jadi saya terbuka untuk berbuat demikian.

"Kita lihat bagaimana kesudahannya dan namun saya fikir masih terlalu awal untuk bercakap mengenainya," kata Trump.

Trump kini berada di Jepun dalam misi lawatannya ke lima negara Asia.....