DUNIA › BERITA





PBB Kecewa Dengan Tindakan AS Tarik Diri Daripada UNESCO


Tarikh kemaskini: 13/10/2017

PERTUBUHAN BANGSA BERSATU, 13 Okt (Bernama) -- Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB) Antonio Guterres kecewa dengan keputusan Amerika Syarikat (AS) menarik diri daripada Pertubuhan Pendidikan Sains dan Kebudayaan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO), lapor agensi berita Xinhua.

"Saya kecewa dengan perkembangan terbaharu itu, memandangkan AS memainkan peranan utama di UNESCO sejak penubuhannya," kata Guterres dalam satu kenyataan pada Khamis.

AS mengumumkan menarik diri daripada pertubuhan itu berkuatkuasa apada 31 Disember 2018.

Keputusan itu berikutan "kebimbangan AS dengan penambahan tunggakan di UNESCO, keperluan pembaharuan dalam pertubuhan dan sikap anti-Israel yang berterusan di UNESCO."

-- BERNAMA

.
.....