DUNIA › BERITA





AS Umum Tarik Diri Daripada UNESCO


Tarikh kemaskini: 13/10/2017

WASHINGTON, 13 Okt (Bernama) -- Amerika Syarikat (AS) pada Khamis mengumumkan menarik diri daripada Pertubuhan Pendidikan Sains dan Kebudayaan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO), berkuatkuasa pada 31 Disember 2018, lapor agensi berita Xinhua.

Keputusan itu menggambarkan "kebimbangan AS dengan penambahan tunggakan di UNESCO, keperluan pembaharuan dalam pertubuhan dan sikap anti-Israel yang berterusan di UNESCO," kata jurucakap Jabatan Negara AS Heather Nauert dalam satu kenyataan.

Tambah kenyataan itu, AS akan terus terbabit dengan UNESCO sebagai pemerhati bukan anggota.

Sebelum ini, AS berhenti membiayai UNESCO selepas pertubuhan itu mengundi memasukkan Palestin sebagai anggota pada tahun 2011. Sejak itu, AS masih mengekalkan pejabat operasi UNESCO di Paris, Perancis.

Sementara itu, Ketua Pengarah UNESCO Irina Bokova, melahirkan kekecewaan dengan keputusan berkenaan.....