DUNIA › BERITA





Perancis, Tunisia Meterai Perjanjian Kerjasama Bernilai Lebih US$100 Juta


Tarikh kemaskini: 06/10/2017

TUNIS, 6 Okt (Bernama) -- Tunisia dan Perancis telah memeterai beberapa perjanjian bernilai 92.3 juta euro (US$108 juta) untuk merangsang kerjasama dalam pelbagai bidang, lapor agensi berita China Xinhua.

Perjanjian itu dimeterai pada mesyuarat pertama Majlis Kerjasama Tunisia-Perancis dengan kehadiran Perdana Menteri Tunisia Youssef Chahed dan rakan sejawatnya, Edouard Philippe.

Perjanjian itu memfokus kepada perkongsian dalam bidang pembangunan, kewangan, perniagaan, pelaburan dan pembiayaan berskala kecil, tenaga boleh diperbaharui, pertanian, pendidikan, penyelidikan saintifik dan latihan vokasional.

Perjanjian paling penting, dengan nilai 62 juta euro (US$72.5 juta), adalah berkaitan promosi pelaburan dan pemodenan pertanian.

Philippe memuji langkah perundangan yang telah diambil Tunisia untuk menjamin pelaburan terbabit dan berkata Perancis akan membuat lebih banyak pelaburan di Tunisia pada masa depan.....