DUNIA › BERITA





Gempa 6.0 Magnitud Gegar Wilayah Fukushima, Tiada Amaran Tsunami


Tarikh kemaskini: 06/10/2017

TOKYO, 6 Okt (Bernama) -- Gempa bumi berukuran 6.0 magnitud melanda pantai wilayah Fukushima di timur laut Jepun pada Jumaat, lapor agensi berita China Xinhua.

Menurut Agensi Meteorologi Jepun (JMA), gempa berlaku pada pukul 5 petang waktu tempatan dan tiada amaran tsunami.

Pusat gempa terletak di 37.5 darjah utara dan 144.0 darjah timur, dengan kedalaman 6 kilometer.

Tiada sebarang kerosakan atau kecederaan akibat gempa berkenaan dilaporkan setakat ini.

-- BERNAMA