DUNIA › BERITA





US Sekat Visa Ke Atas Kemboja, Eritrea, Guinea Dan Sierra Leone


Tarikh kemaskini: 14/09/2017

WASHINGTON, 14 Sept (Bernama) -- Amerika Syarikat mengumumkan visa ke atas Kemboja, Eritrea, Guinea dan Sierra Leone akan disekat kerana negara berkenaan enggan menerima semula rakyat mereka yang telah diusir, lapor agensi berita China Xinhua.

Sekatan visa berkenaan berkuatkuasa pada Rabu terpakai untuk "pemohon visa bagi kategori tertentu dan berdasarkan negara" menurut kenyataan Jabatan Keselamatan Dalam Negeri.

"Jika negara terlibat masih enggan memberi maklum balas bersesuaian skop sekatan mungkin akan diperluaskan lagi," jelas kenyataan itu.

Kedutaan AS di Eritrea telah menghentikan mengeluarkan visa B untuk semua pelawat dan terhadap pegawai dari tiga negara terbabit.

Kira-kira 2,137 rakyat Guinea dan 831 warga Sierra Leone terbabit jenayah serius telah diusir.....