DUNIA › BERITA





Lapan Penghuni Pusat Jagaan Maut Di Florida Amerika Syarikat


Tarikh kemaskini: 14/09/2017

WASHINGTON, 14 Sept (Bernama) -- Lapan warga emas meninggal dunia di sebuah pusat jagaan di Florida, Amerika Syarikat, lapor agensi berita China Xinhua.

Kejadian dipercayai berpunca daripada sistem penghawa dingin di rumah jagaan berkenaan mengalami kerosakan akibat dibadai taufan Irma.

Dalam satu kenyataan akhbar pejabat Pemeriksaan Perubatan dan Pekhidmatan Trauma Broward, mengesahkan lapan kematian berlaku di Pusat Rehabilitasi di Hollywood Hills, kira-kira 32 kilometer di utara Miami.

Mangsa terdiri lima wanita dan tiga lelaki berusia antara 71 hingga 99 tahun namun punca sebenar kematian masih disiasat.

Tiga mangsa dijumpai maut pada Rabu pagi sementara selebihnya meninggal dunia ketika dalam perjalanan ke hospital.....