DUNIA › BERITA





Pesuruhjaya Tinggi PBB Kritik Dasar Pelarian Hungary


Tarikh kemaskini: 13/09/2017

BUDAPEST, 13 Sept (Bernama) -- Pesuruhjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) bagi pelarian mengkritik dasar Hungary kerana negara itu dilihat seolah menyekat permohonan perlindungan suaka, lapor agensi berita Turki Anadolu.

Pada pertemuan dengan Menteri Luar Negeri Pter Szijjrt dan Menteri Dalam Negeri Sandor Pinter, Pesuruhjaya Tinggi Fillipo Grandi, menegaskan mengenai kebimbangan pemohon suaka yang ditempatkan dalam satu kawasan yang dipanggil "zon transit"

"Saya merasakan keseluruhan sistem sekadar direka untuk menempatkan mereka yang lari daripada peperangan serta penganiayaan sebaliknya menghalang mereka membuat tuntutan suaka secara sah," katanya.

Pada Mac, Hungary dilaporkan berkata, negara itu tidak akan menerima pelarian yang dihantar oleh negara Kesatuan Eropah lain.

Langkah Hungary memperkuatkan kehadiran tentera dan polis di sempadan juga dilihat sebagai langkah menentang pelarian.

Pada 2015, negara berkenaan turut memasang pagar dawai di sempadannya dengan Serbia dan Croatia untuk menyekat kedatangan pelarian.....