DUNIA › BERITA





Lima Maut, 25 Cedera, Bom Meletup Di Barat Laut Pakistan


Tarikh kemaskini: 11/08/2017

ISLAMABAD, 11 Ogos (Bernama) -- Sekurang-kurangnya lima orang terbunuh dan 25 yang lain cedera apabila sebutir bom meletup di Bajaur Agency, barat laut Pakistan, memetik sumber media tempatan.

Menurut ARY News, sasaran letupan tidak dapat dipastikan namun kebanyakan mangsa terdiri daripada pejalan kaki, lapor agensi berita China Xinhua.

Pihak pentadbiran tempatan berkata, perbuatan dipercayai dilakukan kumpulan militan dengan meletupkan bom yang ditanam di tepi jalan raya menggunakan alat kawalan jauh.

Mangsa cedera dihantar ke hospital, tiga daripadanya dilaporkan kritikal.

Lokasi kejadian dikepung pihak berkuasa bagi membolehkan sisatan dilakukan, setakat ini tiada kumpulan mengaku bertanggungjawab ke atas serangan itu.....