DUNIA › BERITA





Jokowi Gesa ASEAN Bersatu Perangi Dadah


Tarikh kemaskini: 11/08/2017

Oleh Azeman Ariffin>/b> JAKARTA, 11 Ogos (Bernama) -- Indonesia hari ini menggesa negara-negara anggota ASEAN bergabung dan bersatu dalam memerangi dadah di peringkat wilayah.

Presiden Joko Widodo berkata dadah kini menjadi ancaman besar dalam rentas sempadan dan negara-negara anggota Asia Tenggara itu harus bertindak secara bersama untuk menanganinya.

"Ancaman besar jenayah lintas batas yang perlu mendapatkan perhatian ASEAN adalah perdagangan ubat-ubatan terlarang. Kita harus menyatakan perang kepada narkoba (dadah) dan ubat-ubat terlarang," katanya dalam ucaptama bersempena sambutan peringatan 50 tahun ASEAN di Sekretariat ASEAN di sini.

Yang turut hadir pada majlis sambutan itu ialah Menteri Luar Datuk Seri Anifah Aman, Duta Besar Malaysia di Indonesia Datuk Seri Zahrain Mohamed Hashim dan Wakil Tetap Malaysia di ASEAN Datuk Sharifah Norhana Syed Mustaffa.

Presiden Indonesia yang lebih dikenali sebagai Jokowi itu berkata pengedaran dadah di rantau ini kini semakin serius dan telah merosak generasi muda serta mengancam masa depan negara.....