DUNIA › BERITA





Pemilihan Presiden India Bermula Hari Ini


Tarikh kemaskini: 17/07/2017

NEW DELHI, 17 Julai (Bernama) -- Pemilihan presiden India bermula hari ini dengan anggota parlimen dan ahli legislatif negeri mengundi untuk memilih calon Parti Bharatiya Janata (BJP) Ram Nath Kovind atau calon pembangkang Meira Kumar, lapor agensi berita Xinhua.

Proses pengundian bermula pukul 10 pagi dan berakhir pukul 5 petang (waktu tempatan). Seramai 4,896 anggota parlimen dan ahli legislatif negeri layak mengundi pada pemilihan kali ini.

Menurut laporan tersebut, keputusan pemilihan akan diumumkan pada Khamis ini (20 Julai).

Calon yang terpilih akan mengangkat sumpah untuk berkhidmat sebagai Presiden bagi tempoh lima tahun pada 27 Julai ini, menggantikan Presiden Pranab Mukherjee, veteran politik yang telah memegang jawatan tersebut sejak 2012.

Pada malam terakhir sebelum proses pengundian bermula, Perdana Menteri India Narendra Modi dilaporkan terlebih dahulu menyampaikan ucapan tahniah kepada Kovind yang diyakininya akan menang, berjanji menyokong calon itu dan memberi jaminan kerajaan pimpinannya daripada BJP dan parti sekutu mempunyai 60 peratus lebih undi berbanding 17 parti pembangkang.....