DUNIA › BERITA





Seoul Cadang Rundingan Libatkan Ketenteraan, Isu Palang Merah Dengan Pyongyang


Tarikh kemaskini: 17/07/2017

SEOUL, 17 Julai (Bernama) -- Korea Selatan hari ini mencadangkan isu melibatkan ketenteraan dan hal berkaitan pasukan Palang Merah, dibincangkan di meja rundingan dengan Korea Utara.

Agensi berita Xinhua yang memetik Naib Menteri Pertahanan Korea Selatan, Suh Choo-suk berkata Seoul menawarkan pertemuan diadakan di antara wakil tentera kedua-dua negara bagi menghentikan ketegangan yang semakin dirasai di sempadan Garisan Penandaan Tentera (MDL).

Suh menyarankan perbincangan diadakan di Tongilgak, iaitu di bangunan yang terletak di sebelah Korea Utara pada 21 Julai ini.

Sementara itu, pasukan Palang Merah Korea Selatan turut mencadangkan dialog kepada rakan mereka di Korea Utara, bagi membincangkan tentang penyatuan semula keluarga di sepanjang sempadan kedua-dua negara yang terpisah sejak Perang Korea pada 1950 hingga 1953.



Menurut Seoul, isu melibatkan aspek kemanusiaan boleh dibincangkan pada 1 Ogos ini, di Peace House, bangunan yang terletak di sebelah Korea Selatan.....