DUNIA › BERITA





Prayut Berterima Kasih Kepada Duta Malaysia Bantu Tingkat Hubungan Dua Negara


Tarikh kemaskini: 19/06/2017

Oleh MOHD HAIKAL MOHD ISA

BANGKOK, 19 Jun (Bernama) -- Perdana Menteri Thailand, Jen Prayut Chan-o-cha mengucapkan terima kasih kepada Duta Malaysia ke Thailand, Datuk Nazirah Hussain atas usahanya meningkat hubungan dua hala antara kedua-dua negara.

Beliau menyebut perkara itu selepas menerima kunjungan hormat Nazirah yang akan tamat penggal perkhidmatannya sebagai duta selama enam tahun di Thailand.

"Malaysia dan Thailand bersedia untuk memperkukuh kerjasama dalam pertukaran maklumat risikan selain kerjasama dalam operasi keselamatan.....