DUNIA › BERITA





Rempuhan Van Di Utara London: 1 Maut, 10 Cedera


Tarikh kemaskini: 19/06/2017

LONDON, 19 Jun (Bernama) -- Sekurang-kurangnya seorang terbunuh dan 10 yang lain cedera selepas sebuah van merempuh jemaah berhampiran sebuah masjid di utara London pada awal pagi Isnin dan polis menyifatkan kes itu sebagai "kejadian besar".

Menurut pihak polis kejadian berlaku berhampiran Masjid Finsbury Park di Seven Sisters Road, lapor agensi berita China Xinhua.

Pemandu van berkenaan ditahan polis dan dihantar ke hospital untuk menjalani rawatan serta penilaian tahap kesihatan mental.....