DUNIA › BERITA





PM Pakistan Arah Pintu Sempadan Dengan Afghanistan Dibuka Semula


ISLAMABAD, 20 Mac (Bernama) -- Perdana Menteri Pakistan Nawaz Sharif pada Isnin mengeluarkan arahan supaya membuka semula pintu sempadan negara itu dengan Afghanistan yang ditutup lebih sebulan lepas, lapor agensi berita China Xinhua.

Pakistan menutup sempadan itu pada bulan lepas atas faktor keselamatan ekoran beberapa siri serangan keganasan yang telah mengorbankan hampir 100 orang.

Dilaporkan kumpulan Taliban yang bertanggungjawab melakukan serangan keganasan menjalankan operasi mereka di wilayah sempadan Afghanistan.....