DUNIA › BERITA





Lebih Satu Pertiga Doktor Di Australia Enggan Bersara


SYDNEY, 20 Mac (Bernama) -- Para penyelidik pada Isnin mendedahkan satu pertiga doktor di Australia tidak berhasrat untuk berhenti mengamalkan amalan perubatan meskipun selepas mencapai umur persaraan 65 tahun, lapor agensi berita China Xinhua.

Kajian oleh Universiti Flinders, Universiti New South Wales dan Universiti Sydney itu membabitkan 1,048 doktor.

Hasil kajian mendapati faktor profesional dan psiko-sosial sama pentingnya dengan faktor umur justeru 38 peratus doktor akan meneruskan kerjaya dalam bidang perubatan meskipun selepas umur persaraan.....