DUNIA › SENARAI BERITA

NEW DELHI, 14 Nov (Bernama) -- Sekumpulan perompak telah menggali terowong sepanjang 7.6 meter untuk ke dalam tempat simpanan sebuah bank di bandar kewangan Mumbai, India, lapor agensi berita China Xinhua memetik laporan media tempatan pada Selasa.


DUBAI, 14 Nov (Bernama) -- Emiriyah Arab Bersatu (UAE) mencatat Guinness World of Records baharu, apabila ribuan pelajar dari negara itu berjaya membentuk imej "kapal manusia", lapor agensi berita China Xinhua, memetik Gulf Daily pada Selasa.


WASHINGTON, 14 Nov (Bernama) -- Amerika Syarikat telah menyaksikan lebih banyak jenayah kebencian pada 2016 berbanding tahun sebelumnya, namun pakar berkata masalah itu mungkin lebih besar daripada jumlah kes yang didedahkan, lapor agensi berita China Xinhua.


JAKARTA, 14 Nov (Bernama) -- Presiden Indonesia, Joko Widodo (Jokowi) berharap di bawah kepemimpinan Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB), Antonio Guterres, pertubuhan itu akan menyumbang lebih banyak untuk Palestin mencapai kemerdekaannya, lapor agensi berita Indonesia Antara.


BANGKOK, 14 Nov (Bernama) -- Statistik menunjukkan angka kematian akibat nahas jalan raya di Thailand, meningkat hampir 3,000 orang dan jumlah itu mungkin merupakan yang tertinggi di dunia, lapor agensi berita Thailand (TNA).


NEW DELHI, 13 Nov (Bernama) -- Angka kematian dalam insiden bot karam di negeri Andhra Pradesh yang terletak di selatan India telah meningkat kepada 19 orang dan misi menyelamat masih berjalan, lapor agensi berita China Xinhua memetik kenyataan beberapa pegawai polis pada Isnin.


TEHRAN, 13 Nov (Bernama) -- Satu gempa bumi bermagnitud 7.3 telah melanda kawasan sempadan Iran-Iraq pada Ahad dan meragut 129 nyawa serta mencederakan lebih 1,000 orang, lapor agensi berita China Xinhua memetik laporan media rasmi Iran pada Isnin.