DUNIA › SENARAI BERITA

LONDON, 20 Nov (Bernama) -- Setem pos untuk memperingati ulang tahun perkahwinan ke-70, Ratu Elizabeth dan suaminya Putera Philip akan dijual di seluruh Britain pada Isnin, menurut Royal Mail, lapor agensi berita China Xinhua.


CHUNCHEON (Korea Selatan), 20 Nov (Bernama) -- Kerajaan wilayah Gangwon berazam untuk menampilkan acara kebudayaan paling menarik kepada pengunjung rakyat Korea dan warga asing ketika berlangsungnya temasya Sukan Olimpik dan Paralimpik Musim Sejuk PyeongChang 2018, lapor agensi berita Yonhap.


HARARE, 20 Nov (Bernama) -- Presiden Zimbabwe, Robert Mugabe menerusi siaran langsung televisyen kebangsaan pada petang Ahad berkata, beliau akan mempengerusikan kongres Parti ZANU-PF pada Disember, untuk menyelesaikan masalah yang melanda parti pemerintah itu, lapor agensi berita China Xinhua.


SEOUL, 20 Nov (Bernama) -- Rating sokongan terhadap Presiden Korea Selatan, Moon Jae-in menunjukkan peningkatan pada minggu lepas berbanding sebelumnya, selepas beliau menamatkan misi lawatan ke Asia baru-baru ini, lapor agensi berita Yonhap.


ISTANBUL, 17 Nov (Bernama) -- Pihak berkuasa Turki pada Jumaat mengeluarkan waran tangkap terhadap 42 kakitangan sebuah universiti di Istanbul, kerana disyaki terbabit dalam rancangan rampasan kuasa yang digagalkan pada tahun lepas, lapor agensi berita China Xinhua, memetik sumber media tempatan.


MOSCOW, 17 Nov (Bernama) -- Rusia akan mengambil semua langkah perlu untuk mencegah serangan pengganas dan tindakan ganas, sepanjang berlangsungnya Piala Dunia FIFA 2018, lapor agensi berita TASS Rusia.


HANOI, Nov 17 (Bernama) -- Beberapa jam selepas Mahkamah Agung Kemboja membubarkan parti pembangkang, Parti Penyelamat Kebangsaan Kemboja (CNRP), pada Khamis, Perdana Menteri Samdech Hun Sen mengisytiharkan bahawa pilihan raya umum 2018 akan berlangsung seperti yang dirancang, lapor Agensi Berita Vietnam (VNA).