DUNIA › SENARAI BERITA

BANGKOK, 18 Jan (Bernama) -- Jawatankuasa upah kebangsaan Thailand telah meluluskan kenaikan gaji minimum di seluruh negara dari 5 hingga 22 baht sehari, yang berkuat kuasa pada 1 April, lapor Agensi Berita Thailand (TNA).


MAPUTO, 18 Jan (BERNAMA-NNN-NEW ZIANA) -- Pilihan raya umum Zimbabwe yang dijangka diadakan akhir tahun ini, akan berlangsung merangkumi semua prinsip demokrasi serta adil, sebagaimana ditetapkan Komuniti Pembangunan Afrika Selatan (SADC), kata Presiden, Emmerson Mnangagwa.


VIENTIANE, 18 Jan (Bernama) -- Kementerian Penerangan, Kebudayaan dan Pelancongan Laos telah mengadakan mesyuarat kebangsaan di ibu negara pada Rabu bagi membincangkan pelan induk pengurusan warisan dunia 'Plain of Jars', atau dataran kendi, dan dokumen berkaitan yang diperlukan untuk pencalonan lanskap arkeologi megalitik itu bagi status warisan dunia UNESCO.


HANOI, 18 Jan (Bernama) -- Myanmar dan China berikrar untuk bersama-sama menggalakkan hubungan dua hala, mengekalkan keamanan dan kestabilan di kawasan sempadan antara kedua-dua negara.


HOHHOT, 18 Jan (Bernama) -- Lebih 1,300 kereta api pengangkut melakukan perjalanan antara China dan Eropah pada 2017 melalui Manzhouli, pelabuhan terbesar yang terletak di sempadan China-Rusia, menyaksikan peningkatan sebanyak 53 peratus tahun ke tahun, lapor agensi berita China Xinhua.


BEIJING, 18 Jan (Bernama) -- Subsidi untuk kereta elektrik di China dijangka akan dikurangkan lagi tahun ini, sebelum ia dimansuhkan menjelang akhir tahun 2020, lapor agensi berita Xinhua.


PHNOM PENH, 18 Jan (Bernama) -- Perdana Menteri Kemboja, Hun Sen pada Khamis menegaskan pilihan raya umum negara itu, akan diadakan mengikut jadual iaitu pada 29 Julai dan keputusan yang diperolehi tidak memerlukan pengiktirafan antarabangsa, lapor agensi berita Xinhua.