DUNIA › SENARAI BERITA

HARARE, 23 Nov (Bernama) -- Bakal Presiden Zimbabwe, Emmerson Mnangagwa pada Rabu mengucapkan terima kasih, kepada rakyat Zimbabwe dan tentera di atas sokongan yang diberikan, lapor agensi berita Xinhua.


KAHERAH/GAZA, 23 Nov (Bernama) -- Pemimpin puak bertelagah dan kuasa politik Palestin, yang berkumpul di Kaherah selama dua hari, pada Rabu bersetuju mengadakan pilihan raya umum menjelang akhir 2018, lapor agensi berita China Xinhua.


NEW YORK, 22 Nov (Bernama) -- Suspek serangan maut Bandaraya New York yang terburuk sejak tragedi 9/11 telah didakwa pada Selasa atas pertuduhan membunuh dan berkaitan keganasan, lapor agensi berita China Xinhua memetik kenyataan Pejabat Peguam Negara Amerika Syarikat bagi Daerah New York Selatan (SDNY).


WINDHOEK, 22 Nov (BERNAMA-NNN-NAMPA) -- Rakyat Zimbabwe yang tinggal di Namibia, menyuarakan kelegaan dengan berita peletakan jawatan Robert Mugabe sebagai Presiden Zimbabwe, yang sekaligus menandakan tamatnya pemerintahan diktator selama 37 tahun.


HARARE, 22 Nov (BERNAMA-NNN-NEW ZIANA) -- Ribuan penduduk Zimbabwe memenuhi jalan-jalan raya di bandar seluruh negara pada Selasa, sebagai tanda meraikan peletakan jawatan Presiden Robert Mugabe, sekaligus mengakhiri pentadbiran selama hampir empat dekad.


NEW DELHI, 22 Nov (Bernama) -- Seorang wartawan sebuah akhbar harian berbahasa vernakular telah ditembak mati oleh seorang anggota polis di negeri Tripura yang terletak di timur laut India, lapor agensi berita China Xinhua memetik kenyataan polis pada Rabu.


LONDON, 22 Nov (Bernama) -- Kelemahan pound sterling berbanding mata wang lain sejak referendum Brexit tahun lepas telah memberikan rangsangan terbesar kepada pengeksport sektor pembuatan selama tiga bulan sehingga November dalam tempoh 29 tahun, lapor agensi berita China Xinhua.