DUNIA › SENARAI BERITA

TRIPOLI, 24 Jan (Bernama) -- Angka kematian dalam serangan bom kereta berganda di bandar Benghazi, yang terletak di timur Libya, pada Selasa telah meningkat kepada lebih 22 orang, lapor agensi berita China Xinhua memetik sumber perubatan.


WASHINGTON, 24 Jan (Bernama) -- Senat Amerika Syarikat (AS) pada Selasa mengesahkan pelantikan Jerome Powell sebagai Pengerusi Rizab Persekutuan berikutnya, lapor agensi berita China Xinhua.


RIO DE JANEIRO, 24 Jan (Bernama) -- Sekurang-kurangnya 25 orang maut akibat wabak demam kuning yang menular sejak Disember lepas di negeri kedua paling ramai penduduk di Brazil iaitu Minas Gerais, lapor agensi berita China Xinhua memetik kenyataan Jabatan Kesihatan serantau pada Selasa.


JAKARTA, 23 Jan (Bernama) -- Menteri Pertahanan Indonesia, Ryamizard Ryacudu, bertemu rakan sejawat dari Amerika Syarikat, James Mattis, di sini pada Selasa dan kedua-duanya telah membincangkan kerjasama pertahanan dua hala, lapor agensi berita China Xinhua.


WASHINGTON, 23 Jan (Bernama) -- Kongres Amerika Syarikat pada Isnin meluluskan rang undang-undang perbelanjaan sementara bagi menamatkan penutupan kerajaan selama tiga hari dan menghantarnya kepada Presiden Donald Trump untuk ditandatangani, lapor agensi berita China Xinhua.


MONROVIA, 23 Jan (BERNAMA-NNN-AGENCIES) -- Bekas bintang bola sepak antarabangsa, George Weah, telah mengangkat sumpah sebagai presiden baharu Liberia pada Isnin dalam fasa peralihan pertama negara itu sebagai antara pemimpin yang dipilih secara demokratik sejak 1944.


MANILA, 22 Jan (Bernama) -- Tahap amaran gunung berapi Mayon di Filipina dinaikkan daripada tiga kepada empat yang bermaksud kemungkinan "letusan berbahaya akan berlaku", lapor agensi berita Xinhua.