DUNIA › SENARAI BERITA

HONG KONG, 21 Sept (Bernama) -- Polis menempatkan bilangan anggota yang ramai termasuk dari pasukan anti-keganasan di konsert penyanyi Amerika Syarikat Ariana Grande yang akan berlangsung di Hong Kong pada Khamis, lapor agensi berita China Xinhua.


LONDON, 21 Sept (Bernama) -- Polis Britain pada Khamis menahan seorang lelaki berusia 17 tahun di selatan London, berhubung kait serangan keganasan di stesen kereta api bawah tanah baru-baru ini, menjadikan jumlah suspek setakat ini enam orang, lapor agensi berita China Xinhua.


NEW YORK, 21 Sept (Bernama) -- Presiden Turki, Recep Tayyip Erdogan akan berbincang mengenai hubungan dua hala dalam pertemuan dengan rakan sejawatannya dari Amerika Syarikat Donald Trump di New York pada Khamis, lapor agensi berita Turki Anadolu (AA).


BOGOTA, 21 Sept (BERNAMA-NNN-EFE) -- Syarikat penerbangan Colombia Avianca Airlines terpaksa membatalkan 116 penerbangan domestik pada Rabu selepas separuh juruterbangnya mengadakan mogok.


Oleh Shakir Hussain

NEW DELHI, 21 Sept (Bernama) -- Rancangan India untuk membangunkan Pelabuhan Chabahar di Iran tidak akan terjejas oleh pendirian Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump terhadap dasar Tehran, kata Menteri Perkapalan India Nitin Gadkari


BEIJING, 21 Sept (Bernama) -- Presiden China Xi Jinping pada Rabu mengucapkan takziah kepada rakan sejawatannya, Enrique Pena Nieto susulan kejadian gempa bumi yang melanda tengah Mexico, lapor agensi berita China Xinhua.


PERTUBUHAN BANGSA BERSATU, 21 Sept (Bernama) -- Presiden Iran Hassan Rouhani berkata, negaranya akan mempertahankan perjanjian nuklear Iran dan mungkin bertindak balas jika berlakunya pelanggaran perjanjian oleh Amerika Syarikat (AS) , lapor agensi berita China Xinhua.