SUKAN › UTAMA



KUALA LUMPUR, 21 Sept (Bernama) -- Jaguh badminton negara, Datuk Lee Chong Wei meneruskan aksi cemerlang dalam usaha memburu gelaran ketujuh Kejohanan Terbuka Jepun dengan melangkah ke saingan suku akhir di Gimnasium Tokyo Metropolitan di Tokyo, hari ini.



KUALA LUMPUR, 21 Sept (Bernama) -- Pengorbanan untuk meninggalkan keluarga selama dua bulan bagi mempersiapkan diri bagi menghadapi Sukan Para ASEAN (APG) KL2017 jelas membuahkan hasil buat Mohd Hisham Khaironi apabila memenangi pingat emas acara merejam lembing lelaki F12/13 (masalah penglihatan) hari ini.







KUALA LUMPUR, 21 Sept (Bernama) -- Pemain badminton negara kategori SL3 (kecacatan anggota) Muhammad Huzairi Abdul Malek antara enam pemain negara yang berjaya melangkah ke perlawanan akhir Sukan Para ASEAN (APG) KL2017 di Axiata Arena, Bukit Jali, di sini esok.


KUALA BERANG, 21 Sept (Bernama) -- Pasukan sukan kuda lasak Malaysia menyasarkan lima tempat teratas bagi kategori individu dalam Kejohanan Kuda Lasak Remaja Dunia diItali bermula esok hingga Ahad ini.


KUALA LUMPUR, 21 Sept (Bernama) -- Malaysia terpaksa akur dengan pingat perak apabila tewas di tangan musuh tradisi Thailand pada perlawanan akhir bola keranjang kerusi roda 3 lawan 3, Sukan Para ASEAN (APG) KL2017 di sini hari ini.