•   

SUKAN SEA KUALA LUMPUR 2017 › SENARAI BERITA

KUALA LUMPUR, 29 Ogos (Bernama) -- Taekwondo Malaysia (TM) gagal menepati sasaran empat pingat emas pada Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 (KL2017) selepas mengutip dua perak dan dua gangsa pada hari terakhir acara itu di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) di sini, hari ini.


KUALA LUMPUR, 29 Ogos (Bernama) -- Malaysia hari ini beroleh pingat gangsa Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 (KL2017) dalam acara angkat berat kategori 77 kilogram (kg) menerusi aksi Loro Wellkinson Peuji.


KUALA LUMPUR, 29 Ogos (Bernama) -- Petinju muay negara Ain Kamaruddin menang bergaya hari ini setelah menumpaskan petinju Thailand, Thachtana Luangphon dalam kategori 54-57kg, Sukan SEA Kuala Lumpur 2017.


KUALA LUMPUR, 29 Ogos (Bernama) -- Indonesia bangkit daripada ketinggalan sebelum menewaskan Myanmar 3-1 untuk meraih pingat gangsa bola sepak lelaki Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 (KL2017) di Stadium Majlis Perbandaran Selayang, dekat sini, hari ini.


KUALA LUMPUR, 29 Ogos (Bernama) -- Gandingan negara Wendy Ng Yan Yee-Nur Dhabitah Sabri menyumbang emas kesembilan dalam acara terjun Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 (KL2017) di Pusat Akuatik Nasional Bukit Jalil hari ini.


SHAH ALAM, 29 Ogos (Bernama) -- Seorang penyokong bola sepak negara menampilkan kelainanan apabila lengkap berpakaian baju Melayu untuk menyaksikan perlawanan akhir bola sepak lelaki Sukan SEA ke-29 di sini, hari ini.


NILAI, 29 Ogos (Bernama) -- Muhammad Fadhil Mohd Zonis, 20, meraih pingat emas temasya Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 untuk negara pada perlumbaan basikal trek acara 1km Ujian Masa Lelaki dalam keadaan dirinya 'gementar'.