•   

SUKAN SEA KUALA LUMPUR 2017 › SENARAI BERITA

PETALING JAYA, 21 Ogos (Bernama) -- Pemain boling negara Alex Liew dan Muhamad Syafiq Abdul Malek mengatasi persaingan sengit daripada rakan senegara pada permainan terakhir untuk merangkul emas dalam acara beregu lelaki Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 (KL2017) di Sunway Mega Lanes, dekat sini, hari ini.


KUALA LUMPUR, 21 Ogos (Bernama) -- Skuad recurve wanita negara mendedikasikan pingat emas Sukan SEA yang dinanti-nantikan sejak 12 tahun lalu kepada seluruh rakyat Malaysia selepas menang ke atas Indonesia di Sukan SEA ke-29 Kuala Lumpur 2017 (KL2017), hari ini.


KUALA LUMPUR, 21 Ogos (Bernama) -- Persekutuan Sepak Takraw Antarabangsa (ISTAF) akan meneliti semua laporan daripada pengadil dan menonton ulang tayang video sebelum membuat sebarang keputusan berhubung tindakan skuad sepak takraw wanita Indonesia meninggalkan gelanggang semasa perlawanan menentang Malaysia, semalam.