•   

SUKAN SEA KUALA LUMPUR 2017 › SENARAI BERITA

KUALA LUMPUR, 22 Ogos (Bernama) -- Thailand terpaksa menunggu sehingga perlawanan terakhir kumpulan untuk mempertahankan pingat emas acara bola sepak wanita Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 (KL2017) selepas terikat 1-1 dengan Vietnam di Stadium Shah Alam, di sini hari ini.


KUALA LUMPUR, 22 Ogos (Bernama) -- Berikut kedudukan pasukan bola sepak wanita pada Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 (KL2017) selepas perlawanan hari ini:


PETALING JAYA, 22 Ogos (Bernama) -- Gandingan mantap pemain boling negara Muhammad Rafiq Ismail-Sin Li Jane berjaya menjuarai pingat emas dalam acara beregu campuran dalam Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 (KL2017) di Sunway Mega Lanes di sini hari ini.


KUALA LUMPUR, 22 Ogos (Bernama) -- Filipina dan Vietnam hari ini mengungguli acara lawan pedang Sukan SEA ke-29 Kuala Lumpur (KL2017) hari ini dengan masing-masing memperoleh pingat emas kategori foil individu lelaki dan epee individu wanita.


PUTRAJAYA, 22 Ogos (Bernama) -- Aksi yang ditunggu-tunggu di antara Malaysia dan Brunei dalam acara ekuestrian polo Sukan SEA Ke-29 Kuala Lumpur 2017 (KL2017) menyaksikan pasukan tuan rumah mencipta kejayaan dengan kemenangan 12-4 ke atas Brunei.


KUALA LUMPUR, 22 Ogos (Bernama) -- Skuad sepak takraw Thailand mengutip pingat emas acara beregu berpasukan lelaki setelah menewaskan Myanmar 2-0 pada aksi final di Stadium Tertutup Titiwangsa hari ini.


KUALA LUMPUR, 22 Ogos (Bernama) -- Skuad wushu Malaysia hari ini merangkul dua lagi pingat emas pada hari ketiga iaitu hari terakhir wushu, pada temasya Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 (KL2017).