•   

SUKAN SEA KUALA LUMPUR 2017 › SENARAI BERITA

KUALA LUMPUR, 23 Ogos (Bernama) -- Malaysia melabuhkan tirai acara lawan pedang Sukan SEA ke-29 (KL2017) hari ini dengan meraih pingat gangsa melalui kategori epee individu lelaki, satu-satunya pingat milik Malaysia bagi acara tersebut pada temasya edisi ke-29 di sini.


KUALA LUMPUR, 23 Ogos (Bernama) -- Skuad wushu Malaysia mengakhiri temasya Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 (KL2017) dengan merangkul enam pingat emas, lima perak dan tiga gangsa dalam pertandingan tiga hari itu yang berakhir Selasa.


MELAKA, 23 Ogos (Bernama) -- Kerajaan Negeri Melaka akan memberikan ganjaran sebagai menghargai sumbangan jaguh pecut negara Khairul Hafiz Jantan yang mengharumkan nama Malaysia pada Sukan SEA Ke-29 Kuala Lumpur 2017 (KL2017).


KUALA LUMPUR, 23 Ogos (Bernama) --Ratu gimnastik negara, Farah Ann Abdul Hadi berjaya mempertahanan pingat emas dalam acara senaman lantai individu pada temasya Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 (KL2017) di Pusat Pameran Perdagangan Antarabangsa Malaysia (MiTEC) di sini hari ini.


KUALA LUMPUR, (Bernama) -- Kejayaan Khairul Hafiz Jantan meraih 'ibu pingat' sukan olahraga iaitu emas acara pecut 100m lelaki merupakan satu detik yang sangat membanggakan seluruh rakyat Malaysia.


PETALING JAYA, 23 Ogos (Bernama) -- Malaysia gagal menambah kutipan pingat emas pada hari ketiga acara menembak Sukan SEA Kuala Lumpur (KL2017) selepas sekadar membidik dua perak pada aksi di Lapang Sasar Menembak Nasional, Subang dekat sini, hari ini.


NILAI, 23 Ogos (Bernama) -- Juara Keirin Dunia Azizulhasni Awang sanggup memanjat pokok bagi memberikan sokongan padu kepada dua pelumba berbasikal wanita Ju Pha Som Net dan Nurul Shuhada Zainal yang bertanding dalam acara Lepas Beramai-Ramai Individu Wanita di Dataran Nilai di sini.