•   

SUKAN SEA KUALA LUMPUR 2017 › SENARAI BERITA

KUALA LUMPUR, 30 Ogos (Bernama) -- Atlet negara berjuang sehingga ke titisan darah terakhir demi memastikan gelaran juara keseluruhan temasya Sukan SEA edisi ke-29 milik Malaysia dengan pencapaian gemilang 145 emas, sekali gus memberi hadiah istimewa sempena sambutan Hari Kebangsaan 2017, esok.


KUALA LUMPUR, 30 Ogos (Bernama) -- Skuad luncur ais negara menutup tirai Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 (KL2017) dengan sejarah manis apabila merangkul lima daripada tujuh pingat emas yang dipertandingkan dan tiga gangsa dalam sukan yang julung kali diperkenalkan pada temasya dwitahunan itu.


SHAH ALAM, 30 Ogos (Bernama) -- Seorang pelajar ditahan selepas disyaki membakar dan meletupkan dua biji mercun selepas tamat perlawanan akhir bola sepak Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 (KL2017) antara Malaysia dan Thailand di Stadium Shah Alam di sini, malam tadi.




KUALA LUMPUR, 30 Ogos (Bernama) -- Skuad angkat berat negara menutup gelanggang temasya Sukan SEA ke-29 Kuala Lumpur 2017 (KL2017) hari ini dengan menghadiahkan pingat perak melalui kategori 85 kilogram (kg) oleh Mohamad Fazrul Azrie Mohdad.


KUALA LUMPUR, 30 Ogos (Bernama) -- Malaysia menyapu bersih 13 pingat emas yang dipertandingkan dalam sukan terjun apabila melabuhkan tirai hari ini.


KUALA TERENGGANU, 30 Ogos (Bernama) -- Kelemahan sistem penjualan tiket perlawanan akhir bola sepak Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 (KL2017) pada Isnin hingga menimbulkan kekecohan di Stadium Shah Alam, Selangor perlu dijadikan iktibar buat pihak yang berkaitan termasuk Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM).