•   

SUKAN SEA KUALA LUMPUR 2017 › SENARAI BERITA

KUALA LUMPUR, 28 Ogos (Bernama) -- Polis akan bertindak tegas terhadap penyokong yang cuba menimbulkan kekacauan pada perlawanan bola sepak lelaki antara Indonesia dan Myanmar Selasa bagi menentukan pemenang pingat gangsa Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 (KL2017).


KUALA LUMPUR, 28 Jun (Bernama) -- Skuad taekwondo negara menyumbang satu pingat sahaja daripada tiga acara yang disertai pada hari ketiga sukan itu pada Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 (KL2017) di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) di sini hari ini.


PETALING JAYA, 28 Ogos (Bernama) -- Selepas kecundang kepada Malaysia pada aksi separuh akhir, skuad bola sepak Indonesia bertekad menutup saingan bola sepak lelaki Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 (KL2017) dengan merangkul kilauan pingat gangsa.


LANGKAWI, 28 Ogos (Bernama) -- Skuad pelayaran negara hari ini menambah kutipan pingat dengan satu perak dan satu gangsa, masing-masing melalui kategori Windsurfing RS One Wanita dan Windsurfing RS One Lelaki dalam aksi di Kompleks Sukan Perahu Layar Kebangsaan di sini.


KUALA LUMPUR, 28 Ogos (Bernama) -- Atlet Malaysia bakal menghadiahkan kejayaan lebih besar daripada jangkaan sebelum ini untuk meraikan sambutan Hari Kebangsaan 2017 pada Khamis tetapi secemerlang mana hanya akan terjawab sehari sebelum Sukan SEA Ke-29 menutup tirai.


PUTRAJAYA, 28 Ogos (Bernama) -- Atlet ski air termuda negara, Adam Yoong Hanifah, 9 menyinar di dalam penampilan sulung bersama abangnya Aiden, 11 dalam acara trick ski air lelaki di Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 (KL2017) yang berlangsung di Kompleks Sukan Air, Presint 6 di sini hari ini.


KUALA LUMPUR, 28 Ogos (Bernama) -- Gimnas berirama Malaysia menyapu bersih pingat emas dalam acara aparatus individu hari ini, termasuk menyumbangkan pingat emas ke-100 Malaysia tatkala ia semakin menghampiri sasaran 111 pingat emas dalam temasya Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 (KL2017).