•   

SUKAN SEA KUALA LUMPUR 2017 › SENARAI BERITA

KUALA LUMPUR, 28 Ogos (Bernama) -- Gandingan Sarawut Sriboonpeng dan Aumpawan Suwannaphruk menghadiahkan pingat emas kedua kepada kontinjen Thailand dalam acara petanque beregu campuran pada temasya Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 (KL2017).


KUALA LUMPUR, 28 Ogos (Bernama) -- Skuad silat negara terus mempamerkan aksi cemerlang dengan menambah satu lagi pingat emas pada Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 (KL2017) di Stadium Juara, Bukit Kiara, di sini hari ini.


KUALA LUMPUR, 28 Ogos (Bernama) -- Skuad gimnastik berirama Malaysia melabuhkan tirai kempen temasya Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 (KL2017) dengan bergaya apabila menyapu bersih semua lapan pingat emas yang dipertaruhkan di Pusat Perdagangan dan Pameran Antarabangsa Malaysia di sini.


PUTRAJAYA, 28 Ogos (Bernama) -- Brunei mengalahkan Singapura 10-8 dalam perlawanan penentuan pingat gangsa polo di Taman Ekuestrian Putrajaya di sini, hari ini.


KUALA LUMPUR, 28 Ogos (Bernama) -- Malaysia menamatkan kemarau selama 14 tahun untuk memburu kejuaraan badminton perseorangan wanita dalam Sukan SEA apabila final acara itu menemukan kedua-dua wakil negara, Soniia Cheah dan Goh Jin Wei, esok.


SHAH ALAM, 28 Ogos (Bernama) -- Kira-kira 5,000 penyokong pasukan Malaysia pulang hampa apabila tiket perlawanan akhir bola sepak Sukan SEA ke-29 Kuala Lumpur 2017 habis dijual hari ini.


KUALA LUMPUR, 28 Ogos (Bernama) -- Ratu terjun Malaysia Pandelela Rinong mengekalkan pingat emas acara 10m platform Sukan SEA untuk empat kali berturut-turut di Pusat Akuatik Nasional di sini, hari ini.