•   

SUKAN SEA KUALA LUMPUR 2017 › SENARAI BERITA

NILAI, 28 Ogos (Bernama) -- Kejayaan meraih pingat emas dalam acara pecut lelaki individu di Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 hari ini merupakan kenangan paling manis dalam lipatan kerjaya juara dunia Mohd Azizulhasni Awang.


KUALA LUMPUR, 28 Ogos (Bernama) -- Pasukan Hoki Wanita negara meraih pingat emas acara hoki wanita di Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 (KL2017) setelah mengalahkan Thailand 2-0 di Stadium Hoki Nasional, di sini malam ini.


KUALA LUMPUR, 28 (Bernama) -- Biarpun Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 (KL2017) bakal melabuhkan tirai dalam masa dua hari lagi, tuan rumah Malaysia sudah mencapai sasaran 111 pingat emas yang ditetapkan sebelum bermula temasya edisi ke-29 itu.


KUALA LUMPUR, 28 Ogos (Bernama) -- Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak malam ini mengucapkan tahniah dan syabas kepada semua atlet Malaysia atas kejayaan meraih pingat emas negara yang ke-111, sekali gus menepati sasaran Sukan SEA Kuala Lumpur 2017.


NILAI, 28 Ogos (Bernama) -- Pelumba negara Eiman Firdaus Mohd Zamri meraih kejayaan berganda dalam acara kejar-mengejar individu lelaki akhir Sukan SEA Kuala Lumpur 2017, di Velodrom Nasional malam ini.


Oleh Ahmad Nazrin Syahmi Mohamad Arif

PETALING JAYA, 28 Ogos (Bernama) -- Rakyat Malaysia tidak sabar menanti hadiah istimewa sempena Hari Kebangsaan 2017 apabila skuad bola sepak negara bertemu Thailand pada aksi final untuk merebut ibu segala pingat Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 (KL2017) di Stadium Shah Alam, malam esok.


KUALA LUMPUR, 28 Ogos (Bernama) -- Olympian Ahmad Amsyar Ahmad menerima hadiah hari jadi yang tidak akan dilupakannya selepas melakukan terjunan emas dalam acara 1m papan anjal individu lelaki Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 hari ini.