SUKAN › BERITA





Forkey Doe Bantu Pahang Catat Kemenangan Sulung


Tarikh kemaskini: 11/02/2018

KUANTAN, 11 Feb (Bernama) -- Kemasukan pemain Import, Francis Forkey Doe dalam skuad Pahang berjaya membawa angin perubahan kepada pasukan gergasi pantai timur itu apabila mereka berjaya melakar kemenangan sulung pada saingan Liga Super malam tadi.

Ketua Jurulatih Pahang, Dollah Salleh berkata beliau sudah dapat menjangkakan kebangkitan skuad kendaliannya ketika bertemu PKNS FC lagi namun ia menjadi lebih sempurna dengan kehadiran penyerang dari Liberia itu.

"Pada perlawanan menentang PKNS FC kita telah melakukan 70 peratus serangan tapi malangnya gagal untuk mendapatkan penyudah.

"Aksi bertemu Kelantan pada malam ini begitu berbeza kerana apabila Pahang menyerang kita sentiasa hampir memperoleh gol.

"Kehadiran Francis Forkey Doe banyak membantu jentera serangan dan hasilnya kita berjaya menjaringkan tiga gol sekali gus meraih tiga mata penuh," katanya pada sidang media selepas perlawanan malam tadi.....