SUKAN › BERITA





Andik Vermansyah Sah Bersama Kedah


Tarikh kemaskini: 10/02/2018


Andik Vermansyah bersama pasukan Kedah
ALOR SETAR, 9 Feb (Bernama) -- Desas desus mengenai status bekas bintang Selangor, Andik Vermansyah yang dikatakan bakal berkhidmat bersama Kedah, akhirnya terjawab apabila Persatuan Bola Sepak Kedah (KFA) mengesahkan perkara itu.

Melalui kenyataan di laman Facebook rasmi KFA, pemain muda berusia 26 tahun itu yang menjadi rebutan enam kelab liga di Indonesia berjaya diikat selama setahun sekali gus mengisi slot kuota import ASEAN bagi skuad Hijau Kuning.

"Pengesahan kontrak dan pendaftaran beliau dimaklumkan oleh Perkongsian Liabiliti Terhad Bola Sepak Malaysia (FMLLP) petang tadi selepas proses termeterainya kontrak dan pemeriksaan perubatan diselesaikan semalam di Alor Setar," menurut kenyataan itu.

Andik akan menyarung jersi bernombor 30 musim ini dan akan memulakan latihan pertamanya bersama rakan sepasukan di Stadium Sultan Abdul Halim esok.

Empat lagi pemain import Kedah ketika ini ialah Liridon Krasniqi, Sandro Da Silva, Alvaro Silva dan Pablo Pallares.....