SUKAN › BERITA





MIFA Hargai Pengiktirafan Kepada Mendiang Arumugam


Tarikh kemaskini: 09/02/2018

KUALA LUMPUR, 9 Feb (Bernama) -- Presiden Persatuan Bola Sepak India Malaysia (MIFA) Senator Datuk T. Mohan melahirkan penghargaan kepada Kerajaan Persekutuan dan Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah kerana menamakan semula Padang Pekeliling dan Jalan Pekeliling di Klang dengan nama legenda bola sepak negara, mendiang Datuk R. Arumugam.

Mohan berkata, menamakan semula padang dan jalan itu masing-masing sebagai Stadium Mini Datuk R. Arumugam dan Jalan Datuk R. Arumugam, adalah pengumuman dan pengiktirafan membanggakan buat semua penggiat sukan, khususnya dalam arena bola sepak.

"Pada masa yang sama, saya menggesa agar lebih banyak pengiktirafan seperti ini diberikan kepada ahli sukan dan pemain bola sepak yang lain yang telah banyak menyumbang kepada bidang sukan di Malaysia. Nama-nama seperti Datuk Santokh Singh dan Datuk Soh Chin Aun masih berada dalam hati rakyat Malaysia. Sumbangan mereka kepada negara tidak ternilai.

Santokh Singh yang juga Duta MIFA, turut mengucapkan terima kasih kepada Kerajaan Persekutuan, Kerajaan Negeri Selangor dan Majlis Perbandaran Klang yang telah memberi pengiktirafan kepada rakannya itu. Beliau juga percaya inisiatif ini akan menarik lebih ramai orang muda untuk beraksi lebih baik dalam bola sepak dan sukan secara amnya," kata Mohan dalam kenyataan hari ini.

Mohan juga berterima kasih kepada Yang Dipertua Dewan Negara Datuk Seri SA Vigneswaran yang memulakan inisiatif itu dan membawa cadangan tersebut kepada kerajaan.....