SUKAN › BERITA





Indonesia Lancar Pusat Akuatik GBK Sukan Asia 2018


Tarikh kemaskini: 07/12/2017

KUALA LUMPUR, 7 Dis (Bernama) -- Sebagai persiapan bagi Sukan Asia ke-18, Indonesia telah membangunkan semula Pusat Akuatik Gelora Bung Karno (GBK) di Senayan, di pusat bandar, menjadi pusat akuatik bertaraf dunia.

Pusat akuatik baharu yang dirasmikan oleh Naib Presiden Indonesia Muhammad Jusuf Kalla pada Selasa adalah satu lagi peristiwa penting dalam kempen 'The Road to the Asian Games 2018', menurut kenyataan Majlis Olimik Asia (OCA).

Kompleks yang menampilkan kolam renang utama mengikut standard Olimpik, kolam renang polo air dan kolam menyelam selain kolam latihan, akan menjadi tumpuan utama apabila Indonesia menjadi hos Sukan Asia di Jakarta dan Palembang, dari 18 hingga 2 Sept, 2018.

Acara renang dan terjun bakal menyaksikan China, Jepun dan Korea memberi saingan sengit kepada negara-negara Asia Tenggara termasuk Malaysia dan Singapura dalam sukan air, kata kenyataan itu.

Muhammad Jusuf juga menyaksikan pemeteraian perjanjian penajaan antara Pengerusi Jawatankuasa Penganjur Sukan Asia Indonesia (INASGOC) Erick Thohir, yang juga Presiden jawatankuasa Olimpik Indonesia dengan sembilan syarikat.....