SUKAN › BERITA





Tan Cheng Hoe Ketua Jurulatih Harimau Malaya Yang Baharu


Tarikh kemaskini: 07/12/2017

KUALA LUMPUR, 7 Dis (Bernama) -- Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) hari ini mengumumkan bahawa Tan Cheng Hoe dilantik sebagai ketua jurulatih baharu skuad bola sepak kebangsaan, Harimau Malaya.

Setiausaha Agung FAM Datuk Hamidin Mohd Amin melalui kenyataan ringkas dalam laman Facebook rasmi FAM malam ini, mengucapkan tahniah kepada Cheng Hoe.

"Kami ingin mengucapkan tahniah kepada Tan Cheng Hoe atas perlantikan beliau menjadi Ketua Jurulatih Harimau Malaya yang baharu," Hamidin dipetik sebagai berkata dalam kenyataan itu.

Cheng Hoe sebelum ini adalah penolong jurulatih untuk skuad berkenaan.

Perlantikan itu adalah bagi mengisi kekosongan jawatan yang ditinggalkan Nelo Vingada yang secara rasmi melepaskan jawatannya selaku ketua jurulatih pasukan kebangsaan berkuat kuasa serta merta semalam.....