SUKAN › BERITA





Malaysia Tumpas 1-4 Kepada Korea Utara


Tarikh kemaskini: 11/11/2017

Oleh Mohd Haikal Mohd Isa

BURIRAM, 10 Nov (Bernama) -- Kempen Malaysia dalam aksi Kelayakan Piala Asia 2019 seakan-akan sudah hampir ke penghujung apabila tumpas 1-4 kepada Korea Utara pada perlawanan di Stadium i-mobile di Buriram, malam ini.

Corak permainan Korea Utara ternyata lebih tersusun dan banyak menguasai perlawanan sebaik aksi dimulakan untuk menembusi benteng pertahanan Malaysia.

Anak buah Jorn Andersen memperoleh gol pertama pada minit ke-10 menerusi sepakan penalti apabila bola terkena tangan Fadhli Shas, yang diberi tugas selaku ketua pasukan Malaysia pada perlawanan malam ini, susulan serangan daripada pemain Korea Utara.

Pengadil Fahad Adwan Almirdasi dari Arab Saudi tidak teragak-agak memberi sepakan penalti kepada Korea Utara, dan dengan tenang disempurnakan Pak Kwang Ryong untuk menewaskan penjaga gol Malaysia, Muhammad Hafizul Hakim.

Tersentak dengan jaringan itu, Malaysia bangkit melancarkan serangan ke arah kubu lawan apabila Wan Zack Haikal membuat gerakan daripada tengah padang dan melepaskan rembatan, namun percubaannya tersasar.....