SUKAN › BERITA





Rokok Atau Program Podium?


Tarikh kemaskini: 10/11/2017

KUALA LUMPUR, 10 Nov (Bernama) -- Kesemua atlet yang disenaraikan di bawah Program Podium akan diwajibkan menjalani ujian saringan merokok, satu kriteria baharu yang disenaraikan dalam kontrak bermula 2018.

Pengerusi Institut Sukan Negara (ISN) Datuk Seri Abdul Azim Mohd Zabidi berkata kesemua atlet akan diminta melakukan ujian tertentu bagi mengesan sama ada mereka merokok atau tidak dan tidak ada yang akan dikecualikan daripada berbuat demikian.

Katanya, ujian saringan merokok dijadikan satu daripada kriteria pemilihan atlet selaras dengan matlamat program yang mahu melahirkan atlet Malaysia yang konsisten dan lestari.

"Mereka (atlet) perlu berhenti merokok. Kami ada peranti untuk mengesan mereka yang merokok. Kalau ada yang didapati merokok, mereka perlu berhenti atau terpaksa meninggalkan Program Podium.

"Sebelum ini kriteria merokok ini tidak disenaraikan...mungkin terlepas pandang. Tapi kali ini kami akan buat ujian. Kami kena tegas dalam perkara ini (merokok)," katanya kepada pemberita selepas pengumuman senarai terkini atlet Program Podium bermula Januari 2018 di Dewan Perdana ISN di sini hari ini.....