SUKAN › BERITA





Lebih 200 Peserta Cilik Sertai Ironkids Kejohanan Ironman


Tarikh kemaskini: 10/11/2017

Oleh IMA AIMI NADIA IBRAHIM

LANGKAWI, 10 Nov (Bernama) -- Ironkids, acara larian yang menarik lebih 200 orang peserta semuda usia empat tahun diadakan di sini hari ini sebagai pembuka tirai kepada acara Ironman Malaysia dan Ironman Langkawi 70.3.

Diadakan di Pantai Chenang, peserta acara ini yang turut melibatkan beberapa orang anak kepada atlet-atlet Ironman, dibahagikan kepada tiga kategori umur iaitu 4-8 tahun yang perlu berlari sejauh 500 meter, 9-13 tahun (1km) dan 14-17 tahun (1.5km).

Kesemua peserta berjaya menamatkan jarak larian dalam tempoh kurang daripada 45 minit dan diberikan pingat serta sijil penyertaan yang disampaikan oleh penyandang Juara Ironman Langkawi, Fredrik Croneborg untuk kategori Lelaki Profesional dan Diana Riesler, Wanita Profesional.

Mohd Afiq Azfar Jamani, 36, yang pertama kali menyertai Ironman berkata dua anak perempuannya yang berumur 7 dan 8 tahun turut menyertai Ironkids bagi memberi sokongan kepadanya untuk kejohanan esok.

"Ini merupakan satu cara mereka memberi sokongan kepada saya dan Ironkids ini bagus kerana ia dapat memberi pendedahan awal kepada anak-anak tentang sukan triathlon ini," katanya.....