SUKAN › BERITA





Liga Divisyen Empat Bakal Diperkenal Tahun Depan


Tarikh kemaskini: 10/11/2017

JOHOR BAHRU, 9 Nov (Bernama) -- Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) bakal memperkenalkan Liga Divisyen Empat dalam kempen Liga Malaysia musim depan, bagi memberi peluang kepada kelab-kelab baharu bersaing dalam liga kompetitif.

Presiden FAM Tunku Ismail Sultan Ibrahim bertitah liga itu yang akan menggantikan Liga Rakyat/Komuniti masih dalam peringkat perancangan dan diharap dapat dilaksanakan secepat mungkin iaitu pada tahun depan.

Baginda bertitah ia merupakan usaha untuk membangunkan struktur liga yang lebih kompetitif agar dapat memberi peluang kepada kelab bola sepak, namun setiap pasukan yang menyertainya perlu mempunyai pemain muda bawah 19 tahun.

"Kita akan laksanakan benda ini secepat mungkin demi penyokong bola sepak tanah air.

"Sebab itu Liga Divisyen Empat diwujudkan bagi memberi peluang kepada kelab-kelab komuniti dengan syarat mereka mesti ada empat atau lima pemain bawah 19 tahun. Selain itu, ia akan disertai 26 atau 27 pasukan," titah baginda selepas majlis menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) antara Football Malaysia Limited Liability Partnership (FMLLP) dan World Leagues Forum (WLF) di sini, hari ini.....