SUKAN › BERITA





Perak, Negeri Sembilan Mara Ke Separuh Akhir Divisyen 1


Tarikh kemaskini: 10/11/2017


IPOH, 9 Nov (Bernama) -- Perak dan Negeri Sembilan masing-masing layak ke pusingan separuh akhir Divisyen 1 Kejuaraan Hoki Piala Tun Abdul Razak ke-55 setelah muncul juara dan naib juara kumpulan B selepas perlawanan peringkat kumpulan di Stadium Sultan Azlan Shah di sini, malam ini.

Walaupun sekadar seri 1-1 dengan Johor, namun tuan rumah Perak mara setelah muncul juara kumpulan dengan lima mata, hanya satu mata mengatasi Negeri Sembilan.

Perlawanan dilihat seimbang apabila Perak dan Johor saling menyerang kubu lawan sebelum tuan rumah membolosi gol lawan pada minit ke-26 menerusi pukulan sudut penalti oleh Muhammad Najib Abu Hassan.

Pasukan Johor berjaya menyamakan kedudukan empat minit sebelum perlawanan tamat melalui Mohd Nor Aqmal Abdul Ghaffar hasil pukulan sudut penalti.

Perak dijadual menentang Melaka yang merupakan naib juara kumpulan A divisyen 1 pada aksi separuh akhir, esok.....