SUKAN › BERITA





Liga Malaysia, Liga Pertama Di Asia Tenggara Jadi Anggota WLF


Tarikh kemaskini: 10/11/2017


JOHOR BAHRU, 9 Nov (Bernama) -- Industri bola sepak Malaysia mencatat satu pencapaian signifikan apabila Liga Malaysia muncul sebagai liga pertama di Asia Tenggara diterima menjadi anggota World Leagues Forum (WLF).

Pencapaian itu diraih hasil pemeteraian Memorandum Persefahaman (MoU) antara Football Malaysia Limited Liabilty Partnership (FMLLP) selaku pengendali Liga Malaysia dan WLF di sini hari ini.

Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) Tunku Ismail Sultan Ibrahim bertitah penyertaan Liga Malaysia ke dalam WLF itu akan membuka lebih banyak peluang kepada badan induk itu bekerjasama dalam memperbaiki kelemahan, selain meningkatkan jaringan kerjasama di peringkat antarabangsa.

"Banyak benda kita boleh belajar daripada organisasi-organisasi maju yang menyertai WLF dan ideanya bukan sahaja untuk meningkatkan (usaha memperbaiki kelemahan) tetapi juga bekerjasama dengan mereka seberapa banyak yang boleh," titah baginda selepas majlis menandatangani MoU itu.

Turut hadir, Setiausaha Agung WLFJerome Perlemuter, Delegasi La Liga untuk Pasaran Malaysia Giorgio Rossi serta Ketua Pegawai Eksekutif FMLLP Kevin Ramalingam.....